Ribut petir kuat diramal di beberapa negeri

Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir kuat dijangka berlaku di beberapa negeri bermula 4 petang hingga 8 malam ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut amaran dikeluarkan pada jam 2 petang itu, di Kedah melibatkan Yan, Pendang, Sik, Baling, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Batang Padang, Muallim dan Hilir Perak).

Turut terlibat beberapa kawasan di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, sementara Kuala Lumpur (Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Cheras dan Bandar Tun Razak), manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu.

Selain itu kawasan di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, sementara Pahang pula di Raub, Bentong dan Bera. - Bernama

Artikel Berkaitan: