Elak jadi mangsa Macau Scam

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia(PDRM) sama sekali tidak menjalankan siasatan menerusi panggilan telefon berhubung sebarang penyiasatan yang dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penipuan Macau Scam yang kebanyakannya memperdaya mangsa dengan menyatakan mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram.

"Berdasarkan rekod bagi 2021, sejumlah 1,585 kes telah disiasat melibatkan kes penipuan Macau Scam manakala bagi 2022 sehingga Februari, sejumlah 557 kes telah dicatatkan.

"Melalui siasatan yang dijalankan, polis mendapati antara modus operandi yang digunakan sindiket adalah dakwaan penglibatan mangsa dalam siasatan kes pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan berkaitan kes jenayah pengubahan wang haram dikendalikan Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

"Polis tidak akan menjalankan siasatan melalui panggilan telefon semata-mata, saksi berkaitan akan dikehendaki untuk hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tujuan siasatan.

"Polis juga tidak sewenangnya membekukan atau menyita akaun bank milik sesiapapun, tindakan akan dilakukan setelah siasatan menemui bukti dan keterangan yang mencukupi," jelasnya.

Justeru, orang ramai perlu membuat semakan lanjut dengan pihak polis apabila menerima panggilan yang meragukan.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai langkah pencegahan, segera semak dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

"Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID SCAM RESPONSE CENTER di talian 03- 26101559 atau 03-26101599," katanya.