Wanita berperanan besar dalam kejayaan negara: PM

Ismail Sabri. - Foto Bernama
Ismail Sabri. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Golongan wanita merupakan harapan bangsa dan berperanan besar bukan sahaja dalam sesebuah organisasi tetapi turut menyumbang kepada kejayaan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menerusi ciapan di Twitter sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini, turut menyatakan penghargaan kepada golongan wanita, khususnya wanita Keluarga Malaysia, serta mengingatkan supaya menghargai dan menghormati kaum hawa.

"Selamat Hari Wanita Sedunia. Pengorbanan wanita tiada noktah dan tandingannya. Keluarga Malaysia mempunyai wanita hebat yang berjuang tanpa patah semangat bagi membahagiakan mereka yang tersayang,” katanya.

Perdana Menteri dijadual merasmikan sambutan Hari Wanita 2022 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: