Tottenham tolak Everton hampir zon penyingkiran

Kane tampil dua gol ketika berdepan Everton di London.
Kane tampil dua gol ketika berdepan Everton di London.
A
A
A

EVERTON kian menghampiri zon penyingkiran selepas dibelasah Tottenham Hotspur 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur.

Kekalahan ke-15 selepas mengharungi 25 perlawanan menyaksikan The Toffees kendalian Frank Lampard mengumpul 22 mata, satu mata mengatasi kelab di zon penyingkiran Burnley yang lebih satu permainan.

Gol sendiri The Toffees, Michael Keane memulakan pesta jaringan anak buah Antonio Conte pada minit ke-14 sebelum Son Heung-min menjadikan kedudukan 2-0 diikuti ledakan minit ke-37' daripada Harry Kane untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Pemain gantian separuh masa, Sergio Reguilon menjadikan kedudukan 4-0 sebelum sepakan voli Kane melengkapkan perjalanan gemilang dengan gol minit ke-55'.

Kemenangan itu menyaksikan Tottenham Hotspur mengumpul 45 mata selepas mengharungi 26 perlawanan untuk menduduki kedudukan ketujuh liga-tiga mata di belakang pasukan tangga keempat Arsenal yang juga seteru setempat kelab London tersebut.

Artikel Berkaitan: