Bekalan ayam, telur minggu ini turun 2.7 peratus

Bekalan ayam dan telur pada minggu ini menurun sebanyak 2.7 peratus berbanding minggu lepas, namun bekalan di pasaran ketika ini masih stabil dan mencukupi. - Foto hiasan
Bekalan ayam dan telur pada minggu ini menurun sebanyak 2.7 peratus berbanding minggu lepas, namun bekalan di pasaran ketika ini masih stabil dan mencukupi. - Foto hiasan
A
A
A

MUAR - Bekalan ayam dan telur pada minggu ini menurun sebanyak 2.7 peratus berbanding minggu lepas, namun bekalan di pasaran ketika ini masih stabil dan mencukupi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Beliau berkata bekalan ayam pada minggu ini dijangka sebanyak 14.4 juta ekor, manakala telur sebanyak 243.9 juta biji.

"Sebenarnya bekalan ayam dan telur ini bermusim, pada bulan dua (Februari) ke bulan tiga (Mac) trend menurun, ia akan mula naik semula,” katanya kepada Bernama selepas Program Lawatan Kerja Agropreneur Muda Negeri Johor 2022 di Kompleks Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar Selatan di sini pada Isnin.

Mengenai Program Agropreneur Muda, Ahmad berkata kementerian telah menyasarkan seramai 750 usahawan muda akan terhasil pada tahun ini, dengan peruntukan sejumlah RM15 juta.

Ahmad (dua, kanan) melihat produk makanan pada Program Lawatan Kerja Agropreneur Muda Negeri Johor 2022 di Kompleks Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar Selatan pada Isnin. - Foto Bernama
Ahmad (dua, kanan) melihat produk makanan pada Program Lawatan Kerja Agropreneur Muda Negeri Johor 2022 di Kompleks Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar Selatan pada Isnin. - Foto Bernama

Sepanjang tahun lepas, di Johor sahaja seramai 58 agropreneur telah menerima kelulusan Geran Agropreneur Muda (GAM) dengan jumlah RM1.15 juta.

Daripada jumlah itu, 10 agropreneur dari Daerah Muar telah menerima kelulusan GAM berjumlah RM200,000.

Program Agropreneur Muda diperkenalkan pada 2016 kepada golongan berumur antara 18 hingga 40 tahun, bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor agromakanan seperti tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. - Bernama

Artikel Berkaitan: