Lelaki cedera parah ditikam

Ahmad Shukri
Ahmad Shukri
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun cedera parah akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Simpang Empat di sini malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta di daerah ini yang memaklumkan menerima seorang pesakit dengan beberapa kesan tikaman.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai jurujual itu mendapatkan rawatan di hospital terbabit kira- kira jam 9 malam dengan kesan tikaman di bahagian badan serta pendarahan di paru-paru kanan.

"Pihak hospital merujuk mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut pada jam 12.30 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Ahmad Shukri memberitahu, hasil soal siasat mangsa dipercayai bertengkar mulut dengan seorang rakannya yang bekerja sebagai mekanik ketika mereka sedang minum di sebuah kedai di Jalan Simpang Empat.

"Kedua- dua mereka yang dipercayai dalam keadaan mabuk kemudiannya bergelut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

"Polis bagaimanapun sudah menahan suspek berusia 60-an dan merampas sebilah gunting.Kes disiasat mengikut Akta 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: