Arsenal bedil Watford

Gabriel Martinelli
Gabriel Martinelli
A
A
A

ARSENAL memperkukuhkan peluang kembali ke slot Liga Juara-Juara musim depan selepas menjinakkan Watford 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Aksi di Vicarage Road, pasukan Mikel Arteta terlebih dulu di depan seawal minit kelima menerusi Martin Ødegaard sebelum Cucho Hernandez menyamakan kedudukan pada minit ke-11, namun jaringan Bukayo Saka minit ke-30 meletakkan pelawat selesa mendahului 2-1.

Babak kedua, Gabriel Martinelli melebarkan kedudukan The Gunners dengan gol pada minit ke-52 sebelum The Hornets kendalian Roy Hodgson mengurangkan defisit gol hasil jaringan minit ke-87 daripada Moussa Sissoko.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 48 mata selepas mengharungi 25 perlawanan manakala Watford kekal dengan 19 mata selepas 27 perlawanan.

Artikel Berkaitan: