Malaysia ancam henti import produk EU

Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Malaysia mungkin memilih tindakan agresif menghentikan pengimportan produk negara dari Kesatuan Eropah (EU) sebagai tindak balas terhadap kumpulan itu yang enggan menarik balik rancangan mengekang penggunaan minyak sawit dalam bahan bakar bio.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ancaman untuk menghentikan pengimportan produk dari negara EU adalah jalan terbaik sebagai membalas tindakan boikot kesatuan itu terhadap minyak sawit Malaysia.

“Ya, kita fikir jalan terbaik ialah mungkin akan menghentikan pembelian produk dari negara-negara EU.

“Ini langkah tindak balas yang boleh dilakukan Malaysia terhadap EU yang telah memboikot minyak sawit kita,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Industri minyak sawit negara berhadapan kritikan meluas dalam beberapa tahun ini, kerana dikaitkan dengan penebangan hutan yang menjejaskan alam sekitar.

Malah, Parlimen EU sebelum ini turut meluluskan resolusi memboikot penggunaan produk minyak sawit yang dihasilkan menerusi cara tidak mampan menjelang 2030.

Terdahulu, Perdana Menteri pernah menyebut Malaysia akan menimbang tindak balas terhadap EU sekiranya ia meneruskan langkah tidak adilnya terhadap minyak sawit.

Katanya, Malaysia juga telah menulis surat kepada semua ketua kerajaan EU untuk memaklumkan kepada mereka bahawa kita mungkin perlu bertindak balas sekiranya mereka meneruskan diskriminasi terhadap minyak sawit.

Artikel Berkaitan: