Bekas ADUN Johor Lama umum keluar Bersatu

Rosleli (kanan) bersama Najib ketika mengumumkan keluar Bersatu menerusi satu video ringkas di Facebook pada Ahad.
Rosleli (kanan) bersama Najib ketika mengumumkan keluar Bersatu menerusi satu video ringkas di Facebook pada Ahad.
A
A
A

KOTA TINGGI - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahar yang melompat kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengisytiharkan dirinya keluar daripada parti berkenaan pada Ahad.

Menerusi satu video ringkas bersama Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosleli yang memenangi kerusi tersebut atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU lalu berkata, beliau hilang keyakinan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pentadbiran parti itu.

Beliau turut mengumumkan akan membantu calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Dengan ini saya akan memohon untuk menyertai parti UMNO, parti asal saya untuk saya kembali berjuang dalam UMNO khasnya untuk membantu calon-calon pilihan raya di atas tiket BN khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama di Kota Tinggi,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Facebook Najib pada Ahad.

Rosleli bersama dua lagi ADUN yang memenangi PRU14 atas tiket BN iaitu ADUN Sedili, Rasman Ithnain dan ADUN Endau, Alwiyah Talib bertindak menyertai Bersatu beberapa hari selepas gabungan tersebut tumbang.

Pada PRN Johor kali ini, hanya Alwiyah yang mengambil keputusan mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Rasman yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi pula mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my