Lima pemburu ditahan, dua bangkai rusa dirampas

Bangkai rusa dan peralatan memburu yang dirampas daripada lima lelaki dalam satu sekatan jalan di Paitan.
Bangkai rusa dan peralatan memburu yang dirampas daripada lima lelaki dalam satu sekatan jalan di Paitan.
A
A
A

PAITAN - Lima pemburu ditahan bersama dua bangkai rusa dalam satu sekatan jalan di Jalan Paitan, di sini awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu lima lelaki berusia antara 50 hingga 55 tahun berada di dalam kenderaan pacuan empat roda dipercayai baru pulang melakukan aktiviti memburu di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, tangkapan dibuat hasil Operasi Bersepadu bersama pasukan Protect Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) bagi mengesan aktiviti pemburuan yang menyalahi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

"Hasil pemeriksaan menemui dua bangkai rusa yang disimpan di belakang kenderaan bersama peralatan memburu yang lain. Semua individu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 25 Sub-seksyen 2 (b), iaitu memburu melebihi kuota yang dinyatakan dalam lesen memburu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kesemua mereka berdepan hukuman denda RM50,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan atau tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan

Agustine turut menasihatkan orang awam supaya tidak menjalankan aktiviti memburu tanpa lesen sah yang dikeluarkan JHL Sabah.

Artikel Berkaitan: