Muzium Chimney

No Image Caption
A
A
A
Kakitangan Muzium Chimney dan para pengunjung lengkap berkain batik dalam permainan tradisi gasing di pekarangan muzium tersebut hari ini.

Sempena cuti sekolah ini, Muzium Chimney mengadakan program Singgah Santai dengan pelbagai aktiviti tradisi menarik untuk para pengunjung seperti menumbuk padi, menampi beras, mengukur kelapa, melipat tengkolok, memakai samping, memakai kain batik dan permainan tradisi.

Program tersebut adalah bagi memberi pendedahan serta pengenalan dan sejarah aktiviti tradisional masyarakat terdahulu terutama kepada pengunjung yang terdiri daripada golongan muda dan kanak-kanak.

Program Singgah Santai Muzium Chimney ini berlangsung setiap hari Sabtu dan Ahad pada 10 pagi hingga 4.30 petang, sepanjang cuti sekolah kali ini.

-Foto Bernama
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Produk inovasi dinamakan INKIFLUX

No Image Caption
GALERI

Kempen PRK Kuala Kubu Baharu bermula

No Image Caption
GALERI

Perkampungan dobi

No Image Caption
GALERI

Corak permukaan air kopi