X

Kindly register in order to view this article
!

Kenali pemilik suara Upin dan Ipin

Asyiela Putri
A
A

SIAPA yang tidak tahu dengan animasi budak kembar, Upin Ipin, animasi ini adalah antara rancangan kesukaan kanak-kanak malah orang dewasa juga.

Mana tidaknya, animasi terbitan Les Copaque sudah pun mengeluarkan pelbagai animasi baru yang sudah mula mendapat perhatian penonton, antaranya Pada Zaman Dahulu dan Puteri dan kini terbaharu siri Upin Ipin Keris Siamang Tunggal.

Mula ditayangkan sejak tahun 2007, siri animasi ini nampaknya mempunyai nilai evergreen tersendiri kerana sehingga ini, ia masih diterima oleh rakyat Malaysia.

Pasti ada yang sudah mengenali suara latar disebalik watak Upin Ipin iaitu milik seorang gadis cantik bernama Asyiela Putri yang kini sudah menginjak usia 19 tahun.

Kemampuannya membuat suara comel itu telah membuatkan dirinya diberi peluang bagi menjadi suara latar untuk watak siri animasi popular ini sejak musim keempat (2011) yang lalu.

Foto:Instagram HotFM
Foto:Instagram HotFM

Setelah lama tidak mendengar khabar tentang pemilik suara ini, krew Hot FM telah mengundang gadis ini ke konti mereka.

Sementara itu, apabila ditanya berkenaan dengan suaranya tidak berubah dan bagaimana dia melakukannya.

"Suara Asyiela biasa berubah, tetapi Asyiela kena buat suara Upin dan Ipin...Itulah. Tak sakit sebab sudah biasa...," jelasnya.

Menerusi Instagram (IG) salah seorang pengacara radio ini iaitu Shuib, dia ada berkongsikan video Asyiela dengan suara comelnya itu.

Menerusi perkongsian video oleh Shuib sepahtu yang juga kelihatan teruja apabila dapat berjumpa dengan suara sebenar Upin Ipin ketika menjadi tetamu jemputan di Hot FM, telah meminta Asyiela memberi ucapan kepada anak-anak yang meminati animasi tersebut.

Bukan sahaja Shuib, para netizen yang menyaksikan video tersebut turut kagum dengan kemampuannya membuat suara serta memuji kecantikan gadis ini.

"Rasa macam tak percaya pulak. Ha ha ha. Dengar berulang-ulang kali," byinaiacehenna

"Seriuslah ni, dia berborak dengan orang pun keluar suara macam itu juga ke?," tulis mohammadrassadbinadiris

"Saya peminat Upin dan Ipin... Dari kecil hingga besar," tulis yusri9415

"Dah besar orangnya... Tapi suara masih macam itu," daudsobri

"Dah besar pemilik suara ini... Sayang Upin Ipin dan gadis jelita," tulis aida_rasta2209

"Single ke tak pemilik suara itu. Kalau setiap hari kena bebel macam itu, saya pun sanggup. Ha ha ha," tulisaliffdzulkifli.

"Pemilik suara sudah besar tapi Upin Ipinnya tak pernah pun besar," tulis yahya_roxxcy


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!