Saya tidak dapat jangka keputusan PH: Mat Sabu

Mat Sabu ketika ditanya media selepas Ceramah Mega di Bukit Pasir Muar, pada Sabtu.
Mat Sabu ketika ditanya media selepas Ceramah Mega di Bukit Pasir Muar, pada Sabtu.
A
A
A

MUAR - Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menjangkakan keputusan bagi parti tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana disifatkan pilihan raya terpaksa.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, banyak pertembungan penjuru dan peratusan keluar mengundi juga menyumbang kepada ketidakpastian jangkaan tersebut.

Tambahnya, rakyat juga dilihat masih takut untuk keluar mengundi disebabkan Covid-19 dan ia memberi kesan yang besar.

"Saya tidak mendapat 'predict turn out' macam mana, tapi saya rasa tidak boleh macam pilihan raya sebelum ini, kerana ini pilihan raya terpaksa.

"Ini kerana mereka nak tunjuk kuasa mereka buat pilihan raya.

"Kami tidak dapat jangka sebabnya satu suasana peratus keluar mengundi, terlalu banyak pertembungan penjuru jadi kita tidak macam dahulu, tapi kita buat sahaja kerja kita," katanya kepada media selepas Ceramah Mega di Sungai Terap, di sini pada Sabtu,

Turut hadir, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, calon PH DUN Bukit Pasir, Elia Nadira Sabudin dan calon PH DUN Maharani, Nor Hayati Bachok.

Tambah Mohamad, parti Barisan Nasional (BN) juga tidak dapat menjangkakan keputusan tersebut dalam PRN Johor kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya ingat BN pun tidak boleh ukur juga sebab berpecah juga, jadi kita tidak dapat 'predict'.

"Tetapi kawasan kelas pertengahan dan kawasan bandar kita boleh menang lah," ujarnya.