Polis tahan lelaki mengamuk atas lori kontena

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KLANG – Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang dilaporkan mengamuk di atas sebuah lori kontena di Taman Meru Indah di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut daripada seorang lelaki pada jam 10.58 pagi.

"Anggota polis dengan bantuan pihak bomba berjaya menangkap lelaki itu sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian lelaki berkenaan berada di atas sebuah lori kontena.

"Anggota bertugas meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut bagi memudahkan pihak polis menahan lelaki berkenaan.

"Kira-kira 14 minit masa diambil bagi mengawal keadaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.29 pagi," katanya.

Pada video tular berdurasi 29 saat tersebut memaparkan pasukan penyelamat berusaha membawa turun mangsa tidak dikenal pasti identiti tersebut yang berada di atas jentera bomba.

Artikel Berkaitan: