Tiga lelaki sesat di Gunung Keriang ditemukan lemah dalam gua

Pasukan bomba dan penyelamat bersama malim gunung dan orang awam yang berada di kaki Gunung Keriang, Alor Setar. - Foto Ihsan pembaca
Pasukan bomba dan penyelamat bersama malim gunung dan orang awam yang berada di kaki Gunung Keriang, Alor Setar. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga lelaki yang dikhuatiri sesat selepas gagal menemui laluan keluar ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang dekat sini pada Jumaat ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, kesemua mangsa berjaya ditemukan pada 11.33 malam.

"Pihak bomba menjumpai kesemua mangsa di dalam gua di kawasan puncak gunung berkenaan dan mereka berada dalam keadaan lemah.

"Mereka telah diberikan rawatan awal dan anggota bomba sedang dalam proses membawa kesemua mangsa turun ke kaki gunung untuk tindakan seterusnya,” menurut beliau dalam kenyataan malam Jumaat.

Terdahulu, Bernama melaporkan ketiga-tiga lelaki mendaki gunung itu pada jam 6 pagi bersama dengan rakan mereka yang lain.

Bagaimanapun, mereka dikhuatiri sesat selepas tidak turun ke kaki gunung bersama dengan rakan lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: