17 PPS tempatkan 1,506 mangsa

17 PPS masih dibuka di Kelantan untuk menempatkan 1,506 mangsa banjir sehingga pagi Jumaat.
17 PPS masih dibuka di Kelantan untuk menempatkan 1,506 mangsa banjir sehingga pagi Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 1,506 keluarga mangsa banjir masih berada di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini sehingga jam 8 pagi Jumaat.

Portal InfoBencanaJKM melaporkan, jumlah itu melibatkan 4,715 mangsa membabitkan PPS di Pasir Mas dan Tumpat.

Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kini cerah dan tidak hujan, namun masih ada lokasi yang digenangi air sehingga menjejaskan pergerakan penduduk di kawasan berkenaan.

Ramai penduduk kampung sudah mula kembali ke rumah mereka untuk mengemas manakala mangsa yang masih berada di PPS dinasihatkan sentiasa peka arahan pihak berwajib termasuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: