Pemilik asing jadikan EPL lebih kompetitif

NEVILLE
NEVILLE
A
A
A

BEKAS pemain pertahanan England, Gary Neville percaya Roman Abramovich dan pemilik asing lain memberi impak positif kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus menjadikan liga tersebut antara yang kompetitif di dunia.

Justeru, Neville berpendapat, tindakan menendang keluar Abramovich dari bola sepak Inggeris selepas terdapat dakwaan bilionair itu dikaitkan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak sepatutnya dilakukan memandangkan dia sudah menafikan perkara tersebut.

“Dia (Abramovich) telah menjadi pemilik Chelsea selama 20 tahun dan dari sudut pandang saya, kehadirannya memberi cabaran kepada pasukan elit yang mempunyai sejarah seperti Manchester United, Liverpool dan Arsenal.

“Malah kelab seperti Blackburn yang dulunya diambil alih Jack Walker dan Manchester City kini dengan kekayaan Abu Dhabi, saya percaya EPL akan menjadi liga yang lebih kuat kompetitif dan dikagumi di seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Abramovich akan menjual kelab EPL itu sambil berjanji hasil jualan itu akan diberikan kepada mangsa perang di Ukraine.

Artikel Berkaitan: