Tinjauan pendapat awam dakwa sokongan ke atas Putin meningkat

Vladmir Putin
Vladmir Putin
A
A
A

MOSCOW - Sokongan rakyat Rusia terhadap Presiden mereka, Vladmir Putin semakin meningkat ketika negara tersebut menceroboh jirannya, Ukraine berdasarkan satu tinjauan pendapat awam yang dilakukan antara 20 hingga 27 Februari lalu.

Dalam tinjauan pendapat itu, bilangan rakyat Rusia yang yang mempercayai Putin semakin meningkat daripada 60 peratus kepada 71 peratus dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

Bagaimanapun, sebanyak 18 peratus daripada bilangan responden itu menyatakan mereka tidak mempercayai Putin.

Sebanyak 11 peratus lagi responden menyatakan adalah sukar untuk menjawab soalan itu, menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Yayasan Pendapat Awam (FOM).

FOM ialah syarikat sosiologi dan penyelidikan pasaran milik Rusia.

Bagaimanapun, jumlah responden yang menyertai tinjauan itu tidak didedahkan.

Tentera Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu atas arahan Putin. - Agensi

Artikel Berkaitan: