PH kini boleh tembusi Felda: Anwar

ANWAR
ANWAR
A
A
A

SEGAMAT - Pakatan Harapan (PH) kini boleh menembusi kawasan-kawasan Felda di Johor jika dibandingkan sebelum ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengambil contoh mengenai program kempen pertama yang dihadirinya pada Rabu apabila disambut oleh penduduk Felda Palong Timur Dua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap.

“Insya-ALLAH sekurang-kurangnya boleh tembusi. Dulu tak boleh. Tadi di Buloh Kasap pun saya tengok boleh masuk dan disambut oleh masyarakat tempatan.

“Ini saya tengok ada perubahan yang meyakinkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kempen di DUN Pemanis pada Rabu.

Mengulas mengenai bila mahu memutuskan calon Menteri Besar daripada PH, Anwar memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan mesyuarat awal mengenai perkara terbabit.

Bagaimanapun, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, mereka masih lagi belum memutuskannya.

“Mesyuarat awal sudah ada, tetapi mesyuarat PH beberapa hari belum tetapkan lagi,” ujarnya.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini menyatakan bahawa Majlis Presiden PH masih belum mengadakan perbincangan mengenai calon Menteri Besar Johor daripada gabungan itu.

Artikel Berkaitan:

Salahuddin berkata, berkemungkinan perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.