PRN Johor: 56 calon PN angkat sumpah tolak rasuah esok

Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
A
A
A

PAGOH - Seramai 56 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor daripada Perikatan Nasional (PN) akan mengangkat sumpah Ikrar dan tandatangan akuan integriti pada Khamis.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, angkat sumpah tersebut akan menunjukkan kesungguhan PN untuk membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti.

Beliau menegaskan, PN berpegang kepada prinsip integriti, cekap dan prihatin untuk membentuk kerajaan Johor.

“Esok (Khamis) saya akan ke Johor Bahru lagi di mana semua calon-calon kita 56 calon akan mengangkat sumpah dengan nama ALLAH bahawa mereka tidak akan melakukan rasuah, salah guna kuasa atau perkara-perkara yang boleh merosakkan negeri Johor.

“Ini menunjukkan kesungguhan kita untuk membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti yang berpegang kepada prinsip bersih, cekap dan apa-apa yang tidak boleh memudaratkan. Jadi bagi saya itu penting,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis bersama masyarakat Cina di pekan Bukit Gambir di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, PN akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau pelaksanaan Ikrar PN Demi Bangsa Johor sekiranya memenangi pilihan raya negeri itu pada 12 Mac ini.

“Apa yang kita ikrarkan ini akan dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas di mana kita akan memilih tokoh-tokoh Johor yang akan duduk situ dan beritahu apa yang belum kita buat dan tidak.

“Jadi janji itu bukan sekadar janji kosong kerana kita sini berpendapat langkah penting sekarang ini adalah mempercepatkan proses untuk pemulihan negeri Johor,” katanya.

Artikel Berkaitan: