Warga emas pengsan atas bumbung kerana penat

Anggota bomba dan penyelamat membantu menurunkan mangsa menggunakan pengusung untuk diserahkan kepada ambulans bagi tindakan lanjut.
Anggota bomba dan penyelamat membantu menurunkan mangsa menggunakan pengusung untuk diserahkan kepada ambulans bagi tindakan lanjut.
A
A
A

IPOH - Hasrat seorang warga emas mahu membaiki bumbung rumahnya yang bocor tidak kesampaian apabila tidak semena-mena pengsan di Kampung Ampang Baru, di sini pada Rabu.

Mangsa, Ng Shui Yoong, 89, ditemui terbaring atas rumahnya sebelum pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil membantu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd Azman Husin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 petang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian mangsa dalam keadaan terbaring di atas bumbung rumah berkenaan.

"Anggota menggunakan tangga jentera dan pengusung untuk menurunkan mangsa yang pengsan sebelum menyerahkannya kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

"Mangsa kemungkinan pitam akibat kepenatan," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurutnya, sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 10 anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: