Perpustakaan Mini George Town

No Image Caption
A
A
A
Pondok telefon lama yang terbiar di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town kini berubah menjadi perpustakaan mini awam yang menarik serta bermanfaat kepada orang awam.

Terdapat beberapa perpustakaan mini sepanjang Lebuh Pantai, Gat Lebuh Gereja dan Lebuh China yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong mendapatkan bahan bacaan, malah turut menjadi lokasi pilihan untuk bergambar kenang-kenangan.

Projek pengubahsuaian pondok telefon usang kepada perpustakaan mini berwarna-warni itu merupakan hasil inisiatif oleh Penggerak Komuniti Muda (PEKA) iaitu sebuah program berkaitan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Terdapat lima buah pondok telefon awam lama yang telah diubah suai menjadi perpustakaan mini.

Tiga daripada perpustakaan ini terletak di Lebuh Pantai manakala masing-masing satu di Gat Lebuh Gereja dań Lebuh China.
Artikel Berkaitan:


Pengubahsuaian lima pondok telefon berkenaan membabitkan kos RM9,000 itu adalah di bawah inisiatif PEKA dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat. - Foto Bernama
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon