Bapa calon SPM maut selepas hantar anak ke sekolah

Mangsa dipercayai baru sahaja menghantar anak ke sekolah untuk menduduki SPM.
Mangsa dipercayai baru sahaja menghantar anak ke sekolah untuk menduduki SPM.
A
A
A

MACHANG - Seorang pemandu lori maut dalam satu kemalangan jalan raya dipercayai selepas menghantar anak lelakinya ke sekolah untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kilometer 6, Jalan Machang- Pasir Puteh, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Zainudin Ab.Samat, 56, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menghantar anaknya di pintu pagar sekolah tersebut dan terus melintas dari kiri ke kanan jalan untuk kembali ke lorinya.

"Akibat jarak yang terlalu dekat, sebuah kenderaan jenis Volvo dipercayai gagal mengelak hingga berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan mangsa tercampak dan terjatuh di lokasi kemalangan.

"Mangsa tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Menurutnya, pemandu kereta Volvo berusia 54 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan saringan ujian kencing juga negatif.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: