Joy Revfa temui cinta baharu

A
A
A
BEKAS isteri penyanyi Hafiz Hamidun juga usahawan kosmetik iaitu Joy Revfa kini kembali berbahagia setelah menyulam cinta dengan jejaka dikenali Faiz atau instagramnya @revfaiz.

Sejak kebelakangan ini, Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 31, dilihat sering memuatnaik foto teman lelaki di Instagram miliknya.

Menerusi entrinya, ramai mendoakan dan berharap dirinya bertemu jodoh dengan cinta yang tulus ikhlas.

"Merasai indahnya perkahwinan untuk kali ketiga hanya berpaksikan ALLAH SWT. Semoga kami tidak tewas dengan kata-kata yang sengaja meretakkan dan memisahkan...

"Mohon doa dari kalian agar jodoh kami berkekalan sampai bila-bila. Insya-ALLAH... ," katanya.
Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!