Piala FA: City, Palace mara, Tottenham lemas di Riverside

Grealish meraikan jaringan bersama para pemain Manchester City ketika berdepan Peterborough dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA di Stadium ABAX.
Grealish meraikan jaringan bersama para pemain Manchester City ketika berdepan Peterborough dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA di Stadium ABAX.
A
A
A

DUA jaringan babak kedua Riyad Mahrez dan Jack Grealish membolehkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Peterborough United 2-0 di Stadium ABAX untuk mara ke suku akhir Piala FA.

Anak buah Pep Guardiola yang tampil ke laman lawan dengan status kelab pilihan dalam perlawanan pusingan kelima itu bagaimanapun bergelut pada babak pertama untuk memecahkan benteng kelab tercorot divisyen kedua Inggeris pimpinan Grant McCann tersebut.

Babak kedua pelawat yang menggandakan asakan akhir berjaya merobek gawang lawan hasil jaringan Mahrez pada minit ke-60 sebelum Grealish memastikan kemaraan pelawat dengan gol pada minit ke-67'.

Sementara itu, Crystal Palace turut sama layak ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Stoke City 2-1 dalam perlawanan di Stadium Selhurst Park.

Cheikhou Kouyate terlebih dulu meletakkan The Eagles di depan pada minit ke-53, sebelum Josh Tymon menyamakan untuk Stoke City pada minit ke-58'.

Jairo Riedewald kemudian muncul wira kelab EPL tersebut apabila meledak jaringan kemenangan tuan rumah pada minit ke-82 untuk kemenangan 2-1.

Dalam pada itu, jaringan minit ke-107 pemain gantian Josh Coburn membolehkan Middlesbrough menunjukkan Tottenham Hotspur kendalian Antonio Conte jalan keluar saingan kali ini apabila kelab Liga Kejuaraan itu menang 1-0 dalam aksi di Stadium Riverside.

Artikel Berkaitan: