Kemelut PAFA: PJS akan jumpa kedua-dua belah pihak

Ibrahim
Ibrahim
A
A
A

PESURUHJAYA Sukan (PJS) akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dan Jawatankuasa Ahli-Ahli Gabungan PAFA bagi memberi gambaran sebenar kemelut yang melanda badan induk bola sepak negeri tersebut.

Malah menurut Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd Yusof, hasil pertemuan yang dijadualkan bulan ini juga bagi merumuskan hasil semakan dan sekali gus menyelesaikan kemelut berpanjangan bagi mengelak memberi kesan terhadap pembangunan sukan bola sepak di negeri tersebut.

“Sebenarnya PJS sudah pun meneliti dakwaan PAFA dan Jawatankuasa Ahli-Ahli Gabungan PAFA, namun kita masih belum boleh lagi memberikan sebarang pengesahan kepada dua-dua belah pihak, mana satu yang betul atau salah.

“Berdasarkan laporan yang diperolehi daripada kedua-dua pihak sebelum ini, kita dapati ada beberapa perkara tidak teratur dalam proses pemilihan kepimpinan dan tidak mengikut perlembagaan sedia ada baik Jawatankuasa PAFA atau Jawatankuasa Ahli-Ahli Gabungan PAFA.

“Oleh itu, PJS akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua belah pihak ini pada awal Mac bagi menjelaskan perkara ini, insya-ALLAH,” katanya kepada Sukan Sinar pada baru-baru ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini dilaporkan berkata, kemelut yang berlaku dalam PAFA bukan di bawah tanggungjawab badan induk tersebut, sebaliknya membabitkan PJS.

Artikel Berkaitan: