PBSM hantar tiga tan keperluan mangsa banjir di Hulu Terengganu

Pasukan PBSM memindahkan keperluan yang disediakan kepada mangsa banjir. Gambar kecil: Danial
Pasukan PBSM memindahkan keperluan yang disediakan kepada mangsa banjir. Gambar kecil: Danial
A
A
A

HULU TERENGGANU - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia menyalurkan tiga tan bantuan fasa pertama banjir kepada penduduk yang terjejas di Hulu Terengganu.

Timbalan Setiausaha Agung PBSM, Datuk Danial Iskandar berkata, antara barangan dihantar berupa keperluan asas adalah makanan, minuman, lampin pakai buang, tuala wanita serta ubat-ubatan kepada mangsa banjir.

Katanya, mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) turut diberikan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tiada penularan penyakit di pusat berkenaan.

"Pemeriksaan kesihatan ini dilakukan bagi memastikan serta sebagai langkah mengelak penularan penyakit berjangkit bawaan air.

Pemeriksaan kesihatan turut disediakan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.
Pemeriksaan kesihatan turut disediakan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.

"Selain itu, kami turut membawa kit ujian Covid-19 bagi memantau sebarang gejala serta persediaan daripada penularan virus itu," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Kampung Sekayu, di sini, pada Selasa.

Menurut Danial, sumbangan dijangka akan disalurkan ke ke PPS berdekatan seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setar, SK Bukit Gemuruh.

Katanya, barangan keperluan yang akan disalurkan bergantung kepada keperluan mangsa banjir di PPS.

Artikel Berkaitan: