Muda semak edaran stiker berbaur hinaan

Afiqah beramah mesra bersama penduduk Kampung Lenga (Gamabr kecil: Stiker yang diedarkan kepada penduduk DUN Bukit Kepong.)
Afiqah beramah mesra bersama penduduk Kampung Lenga (Gamabr kecil: Stiker yang diedarkan kepada penduduk DUN Bukit Kepong.)
A
A
A

MUAR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan menyemak pengedaran stiker yang berbaur penghinaan terhadap budaya Malaysia dan didakwa dilakukan parti itu.

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Afiqah Zulkifli mengakui tidak pasti mengenai pencetakan stiker itu.

“Saya tidak pasti siapa yang mencetak stiker itu dan kita perlu menyemaknya," katanya kepada pemberita selepas sesi ramah mesra bersama penduduk di Kampung Lenga, Bukit Kepong di sini pada Selasa.

Ujar Afiqah, edaran itu pertama kali dilihat ketika perhimpunan memohon tangkapan ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki

“Ini mungkin nak melakukan ‘reverse psychology’ tetapi bukan semua orang faham apabila ‘double meaning’ begitu. Mereka tidak patut mengedarkan stiker itu kerana ramai yang akan fikir secara langsung dan literal.

Bercakap mengenai keadaan Kampung Lenga, Afiqah berkata, mereka mahu perubahan pembangunan fizikal, sosial, infrastruktur dan ekonomi selain kawasan berkenaan yang berpotensi dalam bidang pertanian, perladangan serta perniagaan.

Afiqah juga mengakui penduduk berharap lebih banyak kilang dibina untuk peluang pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

Tambah Afiqah, pemberian wang tidak akan memperlihatkan perubahan kepada pembangunan masyarakat dan negeri.

“Apabila kita cuma bagi wang sahaja saya tidak nampak keikhlasan dalam pembangunan tetapi hanya mencipta kebergantungan dan menggalakkan rakyat bergantung kepada pemimpin.

“Itu sangat salah dan bukan sifat seorang pemimpin,” katanya.