[VIDEO] Usul berkaitan 1MDB, BNM dirunding di Kamar Khas petang ini

Tan Sri Azhar Azizan Harun
Tan Sri Azhar Azizan Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun meluluskan usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merundingkan pendedahan Tim Leissner mengenai pembabitan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kamar Khas jam 2.30 petang ini.

Beliau berkata, keputusan itu mengambil kira tiga syarat untuk membolehkan sesuatu usul diluluskan.

Jelasnya, tiga syarat itu adalah ia mesti mengenai sesuatu perkara yang tertentu atau spesifik, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Saya telah menerima pemberitahuan usul di bawah peraturan mesyuarat 18.1 oleh ketua Pembangkang pada Isnin dan sebagaimana biasa bagi membolehkan usul ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat.

“Saya telah meneliti isu tersebut dan oleh demikian saya membenarkan usul tersebut dirundingkan pada hari ini pada jam 2.30 petang di Kamar Khas di mana saya sendiri akan pengerusikan,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Pada Isnin, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengemukakan usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk membahaskan pendedahan Tim Leissner mengenai pembabitan BNM dalam skandal 1MDB di Dewan Rakyat.

Tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, isu berkenaan memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan orang ramai.

Artikel Berkaitan: