Banjir: PM lawat Terengganu, Kelantan esok, bakal umum bantuan

Sebahagian kenderaan yang diparkir di hadapan rumah tidak sempat dialihkan ke tempat yang lebih selamat, lantas tenggelam dalam banjir ketika tinjauan Bernama di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas pada Isnin. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan lawatan ke Terengganu dan Kelantan esok bagi meninjau keadaan banjir di kedua-dua negeri pantai timur itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, pengumuman bantuan banjir juga dijangka diumumkan dalam lawatan tersebut.

“Saya kira pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri mengenai bantuan wang ihsan atau bantuan-bantuan lain kepada mereka yang terkesan akibat banjir ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang mahu tahu adakah kerajaan akan memberikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir memandangkan bencana itu berlaku di luar musim serta adakah bantuan persekolahan turut diberikan kepada pelajar-pelajar yang terjejas.

Artikel Berkaitan: