Pasca Banjir Terengganu

No Image Caption
A
A
A
Mangsa banjir mula membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur selepas banjir surut di Kampung Bukit Gemuroh, Kuala Berang hari ini.

Kerja-kerja pembersihan agak sukar apabila mangsa banjir berdepan dengan masalah gangguan bekalan air sejak semalam, sekali gus sukar untuk mereka membersihkan lumpur agak tebal yang terdapat dalam premis serta kediaman.

Sehubungan itu mangsa banjir berharap agar air bersih dapat disalurkan dengan segera bagi memastikan mereka dapat membersihkan rumah dalam tempoh singkat.

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dalam kenyataan semalam memaklumkan sebanyak 44 kawasan di Hulu Terengganu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah Loji Rawatan Air (LRA) di daerah itu terpaksa dihenti tugas.

Keadaan itu disebabkan air mentah yang telah masuk ke rumah pam sangat keruh dan melepasi keupayaan reka bentuk loji yang mana jangkaan untuk LRA tersebut beroperasi sepenuhnya tidak dapat dipastikan. - Foto Bernama.
Artikel Berkaitan:


Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Bacaan Yassin Warga TLDM Kota Kinabalu

No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas