Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 17,742

Jumlah mangsa banjir dipindahkan di Terengganu meningkat kepada 17,742 orang pada pagi Selasa. - Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jumlah mangsa banjir dipindahkan di Terengganu meningkat kepada 17,742 orang pada pagi Selasa. - Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Hari kelima banjir di Terengganu merekodkan jumlah mangsa dipindahkan terus meningkat kepada 17,742 orang berbanding 13,971 pada petang Isnin.

Sehingga jam 8 pagi Selasa, sebanyak 141 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di lapan daerah bagi menempatkan 4,557 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, Kemaman kekal sebagai daerah paling teruk terjejas dengan seramai 8,027 mangsa dari 2,055 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS.

Menurutnya, di daerah Hulu Terengganu, sebanyak 21 PPS masih dibuka dan jumlah penduduk dipindahkan seramai 3,700 orang dari 801 keluarga.

“Dungun pula merekodkan seramai 2,988 mangsa yang ditempatkan di 29 PPS diikuti Besut (908 orang), Setiu (848 orang), Kuala Terengganu (728 orang) dan Kuala Nerus (538 orang),” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, di Marang jumlah mangsa dipindahkan di daerah itu kekal sebuah keluarga melibatkan lima orang dan mereka ditempatkan di sebuah PPS.

“Keadaan cuaca setakat ini tiada hujan di semua daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,” katanya.

Artikel Berkaitan: