Konvoi Rasuah Busters serah al-Quran wakaf

Mohd Hadi Karman (tiga dari kiri) mewakili pihak pengurusan Masjid Nurul Falah Redong menerima naskhah wakaf al-Quran daripada pihak pasukan Konvoi #RasuahBusters di Segamat.
Mohd Hadi Karman (tiga dari kiri) mewakili pihak pengurusan Masjid Nurul Falah Redong menerima naskhah wakaf al-Quran daripada pihak pasukan Konvoi #RasuahBusters di Segamat.
A
A
A

SEGAMAT - Bukan sekadar menyampaikan mesej antirasuah, Rasuah Busters turut menjadi perantara menyerahkan wakaf naskhah al-Quran kepada masjid terpilih.

Masjid Nurul Falah Redong di Felda Redong, di sini bertuah apabila menerima set wakaf al-Quran sumbangan daripada orang ramai.

Set wakaf al-Quran daripada orang ramai itu diuruskan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Sebanyak 10 buah al-Quran, beberapa set naskhah tafsir al-Quran, al-Quran amazing per jilid serta surah Yasin diserahkan kepada Ketua Kampung Felda Redong, Mohd Hadi Karman.

Sumbangan wakaf tersebut diserahkan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Pasukan Rasuah Busters, Hashim Anang.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Masjid Nurul Falah Redong, Wasitah Hasan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!