Rumah generasi kedua peneroka akan dibina di Pagoh

Sahruddin
Sahruddin
A
A
A

TANGKAK - Perikatan Nasional (PN) menyatakan akan ada rumah untuk generasi kedua peneroka Felda dibina di kawasan Parlimen Pagoh.

Calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sekiranya isu tanah di kawasan itu selesai, pihaknya yakin Felda akan cuba membantu generasi kedua ini bagi membina rumah.

“Isu tanah adalah isu daripada kerajaan negeri. Jika isu tanah itu dah selesai, saya cukup yakin pihak Felda akan cuba untuk membantu generasi kedua untuk membina rumah.

“Kami di Parlimen Pagoh ini sendiri ada empat Felda dan satu Felcra,” katanya kepada pemberita selepas program tukar minyak hitam percuma bersama penduduk Gersik pada Ahad.

Peneroka generasi kedua Felda Seri Jaya, Bukit Serampang terdahulu dilapor menuntut agar projek pembinaan perumahan untuk mereka bagi fasa dua dilaksanakan segera.

Ketua kampung Felda berkenaan, Abd Ghani Abd Molok berkata, status projek membina 157 unit rumah itu mencetuskan tanda tanya apabila ia belum diusahakan sehingga sekarang.

Mengulas lanjut, Sahruddin berkata, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memfokuskan bagi membantu penduduk Felda.

“Ada kebanyakan Felda ini memang terdapat rumah generasi kedua.

Artikel Berkaitan:

“Itu menunjukkan keprihatinan Tan Sri di mana beliau memang sangat peka dan ingin membantu masyarakat di Parlimen Pagoh,” ujarnya.