Peratusan Omicron meningkat: Noor Hisham

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Data survelan genom SARS-CoV-2 menunjukkan peratusan varian Omicron di Malaysia meningkat menggantikan varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi perkara itu di Facebook pada Ahad memaklumkan, sejak Jun tahun lalu varian yang dominan ialah Delta namun Omicron yang mula dikesan sejak November kini semakin meningkat.

“Sejak itu peratusan VOC Omicron yang dikesan di Malaysia semakin meningkat, menggantikan VOC Delta,” katanya.

Jelas Noor Hisham, ciri Omicron yang mudah merebak menyebabkan peningkatan kes terutama apabila terdapat perhimpunan ramai seperti di sekolah dan tempat sesak yang menyebabkan penularan mudah berlaku.

Beliau menasihatkan masyarakat dapat meningkatkan kawalan kendiri dan mengamalkan TRIIS iaitu uji, lapor, asing, maklum serta dapatkan rawatan.

“Dapatkan vaksinasi serta dos penggalak bagi mereka yang layak. Lindungi diri, lindungi semua,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: