Yayasan Chelsea jaga kepentingan Chelsea

Roman Abramovich pemilik Chelsea. - Foto AFP
Roman Abramovich pemilik Chelsea. - Foto AFP
A
A
A

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich memaklumkan bahawa beliau akan menyerahkan pengoperasian The Blues yang berpusat di Stamford Bridge kepada yayasan kelab London tersebut.

Jutawan sensasi dari Rusia itu yang juga merupakan pemilik tunggal kelab tersebut sejak Jun 2003, sebelum ini berjaya menghadirkan dua kejuaraan Liga Juara-Juara di kabinet Chelsea.

Bagaimanapun dengan situasi semasa terutama kempen ketenteraan Rusia ke atas Ukraine, Abramovich kelahiran

Saratov berusia 55 tahun tersebut dilihat telah meletakkan pengoperasian kelab itu kepada Yayasan Chelsea - pertubuhan badan amal berdaftar yang terlibat aktiviti kemasyarakatan setempat dan antarabangsa.

“Sejujurnya saya sentiasa melihat peranan saya sebagai penjaga kelab sepanjang hampir 20 tahun pemilikan Chelsea FC, yang tugasnya memastikan kami berjaya seperti hari ini, serta membina keyakinan untuk masa depan, selain memainkan peranan positif dalam komuniti kita.

“Saya sentiasa meletakkan Chelsea FC sebagai keutamaan dan kepentingan dalam setiap keputusan. Dan saya komited dengan nilai-nilai ini. Itulah sebabnya saya hari ini memberikan pemegang amanah Yayasan Chelsea pengawasan dan penjagaan Chelsea FC.

“Saya percaya ketika ini Yayasan Chelsea berada dalam kedudukan terbaik untuk menjaga kepentingan kelab, pemain, kakitangan dan penyokong Chelsea FC," kata bekas Gabenor Chukotka tersebut.

Untuk rekod, antara pemegang amanah Yayasan Chelsea termasuk pengerusi kelab Bruce Buck dan pengurus skuad wanita, Emma Hayes, bersama pengarah kewangan kelab, Paul Ramos.

Artikel Berkaitan:

Chelsea kendalian Thomas Tuchel akan berentap dengan Liverpool yang dioperasikan Jurgen Klopp dalam perlawanan akhir Piala Liga di Stadium Wembley, awal pagi Isnin.