PBB janji beri lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada Ukraine

Guterres. - Foto EPA
Guterres. - Foto EPA
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Sabtu berjanji untuk memberikan lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada rakyat Ukraine lapor Xinhua.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan PBB, janji itu disuarakan Guterres dalam perbualan menerusi telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy,

Guterres turut berkata badan dunia itu "akan melancarkan rayuan untuk membiayai operasi kemanusiaan PBB di Ukraine pada Selasa."

Dalam satu e-mel, jurucakap setiausaha agung Stephane Dujarric memberitahu wartawan bahawa disebabkan keadaan yang semakin memuncak di Ukraine, Guterres membatalkan rancangannya ke Geneva susulan konflik yang kian meruncing di Ukraine.

"Beliau hanya akan bercakap pada mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia Isnin ini menerusi rakaman video," kata Dujarric. - Bernama

Artikel Berkaitan: