Presiden Ukraine sedia runding dengan Rusia

KIEV- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy umum negara itu terbuka untuk berunding dengan Rusia.
Kata Zelenskyy, rundingan satu-satunya yang boleh dilakukan ketika ini.
Menurut beliau, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev sudah menawarkan diri menjadi penaja bagi rundingan berkenaan.
"Presiden Azerbaijan dan Presiden Turki menawarkan diri untuk menganjurkan rundingan dengan Rusia.
"Sekatan ke atas laluan kapal perang ke laut hitam adalah sesuatu yang penting. Ia telah dilakukan," katanya.
Turki bagaimanapum belum umum sebarang sekatan ke atas kapal perang Rusia untuk melalui Selat Turki.
Sementara itu, Zelenskyy memaklumkan diplomat Ukraine berjaya memujuk negara sekutunya memutuskan sistem pembayaran antarabangsa (Swift).
Tindakan itu dakwa beliau akan menjejaskan Rusia.
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebelum ini yakin penggantungan Rusia daripada sistem Swift adalah sebahagian daripada siri sekatan baharu yang akan dikenakan. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
UAE larang bawah 15 tahun guna media sosial
Enam polis cedera dalam serangan bom, insiden berbalas tembakan di Yala
Remaja 15 tahun dipercayai dirompak, dirogol semasa berjoging
Budak 3 tahun maut dirogol bapa kandung
Wanita hilang di Johor sejak 2019 ditemui di Langkawi
Tekanan kos sara hidup: Selangor tawar moratorium tiga bulan
Rogol dan samun: Remaja dipukul guna kayu oleh lelaki tidak dikenali - Polis
