13 maut, 4 hilang bot karam di Vietnam

Bot itu dalam perjalanan dari Kepulauan Cham, kawasan tumpuan pelancongan di wilayah Quang Nam dan kemalangan berlaku ketika cuaca buruk. -Foto Flickr
Bot itu dalam perjalanan dari Kepulauan Cham, kawasan tumpuan pelancongan di wilayah Quang Nam dan kemalangan berlaku ketika cuaca buruk. -Foto Flickr
A
A
A

HANOI - Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan empat lagi hilang pada Sabtu selepas sebuah bot penumpang karam di luar pesisir pantai di wilayah Quang Nam tengah Vietnam.

Ketika kejadian bot itu membawa 39 penumpang, termasuk 36 pelancong dan tiga kru, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam.

Bot itu dalam perjalanan dari Kepulauan Cham, kawasan tumpuan pelancongan di wilayah Quang Nam dan kemalangan berlaku ketika cuaca buruk.

Sehingga 5.30 petang waktu tempatan (1030 GMT), pasukan penyelamat menemukan 35 orang, termasuk 13 mayat. Usaha mencari mangsa yang hilang masih dijalankan, menurut laporan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: