Beberapa lagi letupan gegar Kiev pada hari kedua

Foto The Guardian
Foto The Guardian
A
A
A
KIEV - Ibu negara Ukraine, Kiev digemparkan dengan beberapa siri letupan awal Jumaat, pada hari kedua operasi ketenteraan Rusia di negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Siri letupan berlaku pada 4.20 pagi waktu tempatan (10.20 pagi waktu Malaysia).

Kejadian serupa turut berlaku pada Khamis di bandar Kharkov, Kramatorsk, Mariupol, Mykolaiv dan pelabuhan Odessa, serta di Kiev.

Bunyi siren kedengaran di seluruh bandar memberi amaran kepada orang ramai agar mencari perlindungan.

Ketika sebilangan rakyat berusaha meninggalkan bandar itu, ada yang cuba berlindung di stesen kereta api bawah tanah dan ruang bawah tanah, tambahnya.
Artikel Berkaitan:


Presiden Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.

Pada hari pertama operasi, lebih 130 penduduk termasuk orang awam terbunuh, menurut Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy. - Bernama