Sila log masuk terlebih dahulu.

'Hanya Putin boleh putuskan bila serangan berakhir'

Seorang warga Ukraine yang menetap di Greece menyertai demonstrasi di tengah Athens untuk mengadakan bantahan selepas Rusia melancarkan kempen serangan ke atas Kiev pada Khamis. - Foto AFP
Seorang warga Ukraine yang menetap di Greece menyertai demonstrasi di tengah Athens untuk mengadakan bantahan selepas Rusia melancarkan kempen serangan ke atas Kiev pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menetapkan sasaran untuk kempen serangan yang dilancarkan ke atas Ukraine.

"Hanya beliau yang boleh memutuskan bila operasi itu akan tamat berdasarkan keputusan dan kesesuaian.

"Misi tersebut mempunyai matlamatnya sendiri dan ia perlu dicapai," ujar jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Ketika mengumumkan 'operasi khas' tersebut, Putin menyatakan beliau telah mengarahkan kempen demilitarisasi dan menghapuskan ideologi setelah keselamatan Rusia didakwa terancam kononnya kerana 'pencerobohan' Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Ukraine walaupun perikatan itu mengesahkan tiada anggota mereka ditempatkan di Kiev.

Peskov menjelaskan, Moscow mempunyai tanggungjawab untuk melindungi Republik Donetsk dan Republik Lugansk daripada menjadi sasaran serangan berterusan daripada tentera Ukraine setelah Kremlin mengisytiharkan 'kemerdekaan' terhadap kedua-dua entiti berkenaan pada Isnin.

"Rusia berazam untuk meneutralkan potensi ketenteraan Ukraine yang telah dipertingkatkan sejak akhir-akhir ini termasuk penerimaan bantuan asing secara aktif. Kiev perlu 'dibersihkan' daripada ideologi neo-Nazi," katanya lagi.

Beliau juga menolak idea yang mendakwa Moscow kini sedang dalam proses untuk menguasai Ukraine seperti didakwa Barat.

"Operasi kami mempunyai matlamat yang terhad iaitu untuk melindungi Rusia dan wilayah pemisah pro-Moscow. Masa depan Ukraine akan ditentukan rakyat mereka sendiri," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Serangan besar-besaran dilancarkan Rusia pada hari pertama dilaporkan telah menyebabkan kemusnahan besar kepada pangkalan tentera, depot senjata dan beberapa kilang senjata di Kiev. - Agensi