Sarang penagih dadah di Felda digempur

Wan Mohd Zahari (kanan) bertanyakan sesuatu kepada golongan penagih yang ditahan dalam Ops Sarang Khas yang dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut pada Rabu.
Wan Mohd Zahari (kanan) bertanyakan sesuatu kepada golongan penagih yang ditahan dalam Ops Sarang Khas yang dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Tiga wanita termasuk seorang suri rumah antara 52 individu yang ditahan atas kesalahan dadah dalam Ops Sarang Khas yang dijalankan di daerah ini pada Rabu.

Daripada individu berusia 17 hingga 60 tahun yang ditahan itu, ada antara mereka merupakan pasangan bapa dan anak serta seorang remaja bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil operasi tersebut, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan seberat 81.27 gram dan lima liter air ketum dengan nilai rampasan RM5,370.

Menurutnya,dua daripada mereka ditahan atas kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Tangkapan di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952 (1 orang), Seksyen 39A(1) ADB 1952 (2 orang),Seksyen 12(2) ADB 1952 (10 orang),Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (29 orang) dan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (8 orang)," katanya pada sidang akhbar Ops Sarang Khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada Rabu.

Wan Mohd Zahari berkata, operasi yang bermula awal pagi Rabu hingga Jumaat itu dilancarkan dengan memberi tumpuan kepada sarang penagihan di beberapa tanah rancangan Felda di daerah ini.

Wan Mohd Zahari (dua dari kanan) menunjukkan dadah dan air ketum yang dirampas dalam Ops Sarang Khas yang dijalankan sekitar daerah ini pada Rabu.
Wan Mohd Zahari (dua dari kanan) menunjukkan dadah dan air ketum yang dirampas dalam Ops Sarang Khas yang dijalankan sekitar daerah ini pada Rabu.

Beliau berkata, operasi yang turut dibantu anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertujuan mengempur sarang penagih dan pengedar dadah di kawasan Felda.

Artikel Berkaitan:

"Antara kawasan terlibat, Felda Bukit Goh, Bukit Kuantan, Bukit Sagu dan Panching Utara di sini.

"Selain tumpuan kepada sarang penagihan, serbuan juga dilakukan secara rumah ke rumah,"katanya.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti pengedar dadah yang terlibat untuk diambil tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1982 dan Seksyen 39C ADB 1952.