Benar murid pakai uniform sekolah kebangsaan ke KAFA akan diputuskan

Keputusan untuk membenarkan murid memakai uniform sekolah kebangsaan ke kelas KAFA akan diputuskan dalam masa terdekat.
Keputusan untuk membenarkan murid memakai uniform sekolah kebangsaan ke kelas KAFA akan diputuskan dalam masa terdekat.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kebenaran untuk membenarkan murid memakai uniform sekolah kebangsaan ke Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan diputuskan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ketika ini ia dalam perbincangan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Kita akan umumkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di selepas melancarkan manual komuniti hijrah lesbian dan gay terbitan Jakim di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM sedang menangani punca isu beg sekolah berat yang berlarutan sejak sekian lama.

Antara diberi perhatian adalah jumlah mata pelajaran yang diajar terlalu banyak pada setiap hari selain berbincang bagi bagi membenarkan murid memakai uniform sekolah kebangsaan ke kelas KAFA.

Artikel Berkaitan: