Rugi RM19,300.50 ditipu pegawai LHDN, polis 'palsu'

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki kerugian RM19,300.50 setelah menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta pegawai polis pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak, berkata kedua mangsa bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dan pereka bangunan.

"Mereka berumur 29 tahun dan 36 tahun telah menerima panggilan dari seorang ‘kakitangan LHDN' yang mendakwa mangsa mempunyai masalah cukai yang tertunggak dan belum dijelaskan.

"Panggilan mangsa kemudiannya telah disambungkan kepada pihak ‘polis’ dan menerusi panggilan tersebut dimaklumkan bahawa nama mangsa terlibat dalam kegiatan jenayah dadah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa kemudiannya diarahkan untuk memuat turun satu aplikasi dan mengisi maklumat akaun bank milik mangsa ke dalam aplikasi tersebut.

"Selang beberapa minit, mangsa telah menerima notifikasi pesanan ringkas dan mendapati telah berlaku pengurangan wang dalam akaun mereka.

"Jumlah wang berkurangan dalam akaun mereka melibatkan sebanyak RM5,600 dan RM13,700.50," katanya.

Menurutnya, menyedari bahawa diri mereka ditipu, kedua mangsa terus segera melaporkan kepada polis.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut berkaitan kejadian ini masih dalam siasatan polis.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana telah membuat capaian tanpa kuasa yang sah terhadap akaun mangsa," katanya.