Guan Eng gesa bank agar lebih fleksibel beri pinjaman

Lim Guan Eng (kiri) ketika sesi soal jawab pada Invest Malaysia 2019 hari ini. Turut kelihatan Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin. -Foto Bernama
Lim Guan Eng (kiri) ketika sesi soal jawab pada Invest Malaysia 2019 hari ini. Turut kelihatan Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bank-bank yang beroperasi di negara ini agar lebih fleksibel dalam pemberian pinjaman mereka.

Ini kerana, katanya, terdapat banyak aduan berhubung kesukaran untuk mendapatkan pinjaman, walaupun bank-bank mencatatkan keuntungan yang besar, dengan sebahagiannya malahan meraih keuntungan paling besar dalam sejarah mereka pada tahun lepas.

"Kami ingin meminta bank-bank agar lebih fleksibel dalam pemberian pinjaman mereka kerana kami menerima banyak aduan (mengenainya).

"Jadi, saya rasa sudah sampai masanya bagi anda untuk mula memberikan pinjaman melainkan anda lebih suka cukai durian runtuh (windfall tax)," katanya dalam ucap tama beliau pada forum pasaran modal Invest Malaysia 2019, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Lim berkata, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan cukai baharu selain apa yang telah diumumkan semasa Belanjawan 2019.

"Jadi, saya fikir ia sepatutnya berita yang positif bagi komuniti perniagaan. Terdapat banyak minat terhadap cukai dan sudah tentunya kami sedang memperhalusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (SST),” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!