Dua ditahan gaduh sebab wanita

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Flat Seri Alam 2 di sini, seperti didakwa seorang pengguna Twitter, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek berusia 20 dan 24 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Dang Wangi selepas seorang pemilik akaun media sosial memuat naik kenyataan yang mendakwa seorang pekerjanya terbabit pergaduhan.

"Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Noor Dellhan memaklumkan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada Selasa, seorang pengguna Twitter mendakwa sekumpulan 13 individu menetak seorang pekerjanya di Cheras, selain memohon jasa orang ramai mengesan individu terbabit.

Dua daripada pekerjanya mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku akibat salah faham antara mangsa dan suspek yang menghantar mesej peribadi kepada seorang wanita di Instagram.

Artikel Berkaitan: