16 cedera, Arab Saudi musnah dron pemberontak

Kumpulan Huthi di Yemen melancarkan serangan dron sebanyak dua kali di Lapangan Terbang Jazan. - Foto AFP
Kumpulan Huthi di Yemen melancarkan serangan dron sebanyak dua kali di Lapangan Terbang Jazan. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - [DIKEMAS KINI] Seramai 16 individu termasuk warga asing cedera di Arab Saudi apabila kerajaan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan ke lapangan terbang oleh pemberontak Yemen, kata tentera perikatan yang diketuai oleh negara beraja itu pada Isnin.

Serangan ke atas lapangan terbang itu yang kedua berlaku dalam tempoh kurang dua minggu.

Kumpulan pemberontak Yemen terutama Huthi sering melancarkan serangan terhadap Arab Saudi.

Tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi menyokong kerajaan Yemen menentang Huthi selama hampir tujuh tahun.

Tentera perikatan itu seperti yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency dan AFP memaklumkan dron yang dilancarkan ke arah lapangan terbang Raja Abdullah di Jazan dimusnahkan dan serpihan jatuh dalam lapangan terbang.

"Seramai 16 orang awam mengalami kecederaan," kata tentera perikatan itu lagi yang menuduh kumpulan Huthi sekali lagi melancarkan serangan merentas sempadan dari Lapangan Terbang Sanaa, Yemen.

Pada Disember tahun lalu, tentera perikatan itu menyatakan bahawa Huthi telah melancarkan lebih 850 serangan dron dan 400 lagi peluru berpandu balistik ke Arab Saudi dalam tempoh hampir tujuh tahun sekali gus membunuh seramai 59 orang awam. - Agensi

Artikel Berkaitan: