Polis tunggu laporan penuh bedah siasat

Abd Khalid
Abd Khalid
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis masih menunggu keputusan laporan penuh bedah siasat berkaitan kes seorang lelaki yang maut dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat servis kereta di Bukit Puchong 19 November lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, setakat ini tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

Bagaimanapun, menurut beliau, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan kematian mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan pada Isnin yang mengulas laporan sebuah portal mengenai keluarga mangsa yang menyatakan ketidakpuasan hati berkenaan siasatan yang dilakukan.

Abd Khalid turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

"Sebarang maklumat kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan B Nagendra Rao di talian 019-6913301," katanya.

Pada 19 November lalu, media melaporkan seorang lelaki, V Kannadasan, 34, ditemui rentung di bilik kecil di tingkat bawah sebuah bengkel pada jam 3.28 petang.

Seorang lagi mangsa, Vincent Phang Chee Wai berusia 50-an dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran menyebabkan premis terbabit musnah kira-kira 80 peratus.