Kejuaraan Futsal AFF: Malaysia, Thailand, Indonesia satu kumpulan

INFO FAM
INFO FAM
A
A
A

SKUAD futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak AFF 2022 dari 3 hingga 12 April depan.

Ia berikutan skuad kendalian Chiew Chun Yong itu diundi menentang juara bertahan dan tuan rumah Thailand dalam Kumpulan A selain Indonesia, Kemboja dan Brunei di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga pasukan terbaik di kejohanan itu akan turut menempah tiket ke Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait, yang dijadual berlangsung dari 25 September hingga 20 Oktober ini.

Kumpulan B pula dihuni Vietnam, Myanmar, Timor-Leste dan Australia.

Thailand merupakan pasukan paling cemerlang dalam kejohanan itu apabila muncul juara sebanyak 15 kali sejak ia diperkenal pada 2001.

Indonesia pula hanya sekali bergelar juara apabila membenam Malaysia 5-0 pada final edisi 2010 di Vietnam selepas Thailand tidak menyertai kejohanan itu.

Pencapaian terbaik Malaysia ialah muncul naib juara sebanyak lima kali iaitu pada 2003, 2005, 2010, 2017 dan 2018 selain lima kali menduduki tempat ketiga pada edisi 2001, 2007, 2008, 2015 dan 2016.Kumpulan A

Thailand

Artikel Berkaitan:

Indonesia

MALAYSIA

Kemboja

Brunei

Kumpulan B

Vietnam

Myanmar

Timor-Leste

Australia