Amaran ribut petir di sembilan negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri, pada Isnin. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri, pada Isnin. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri, pada Isnin.

MetMalaysia menerusi kenyataannya petang ini memaklumkan negeri-negeri tersebut akan mengalami ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 8 malam.

Ia membabitkan kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah di Baling dan Kulim, manakala Perak melibatkan kawasan di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Cameron Highlands di Pahang.

Sementara itu, di Selangor membabitkan kawasan di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala Negeri Sembilan kawasan yang terlibat ialah di Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Dalam pada itu, di Sarawak membabitkan kawasan Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

Kawasan di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Artikel Berkaitan:

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.